Lirik  

Lirik Lagu KLP48 4th Single “Oh My Pumpkin!”

KLP48 Oh My Pumpkin!
Photo via KLP48.

JKT48 Spesial Release Song – Lyric “Oh My Pumpkin!”.

Komposer, Penggubah: ShinQ
Lirik Jepang: Yasushi Akimoto
Lirik Indonesia: KLP48 Operation Team

Dipopulerkan oleh AKB48

Lirik Indonesia

Ah…Ah…Ah…Aw!

Hangatnya menyengat dari jalan tar¹
Bak roti di bakar di pembakar
Kukayuh basikal ini sekuat-kuat hati
Peluh mencurah tak henti-henti

Masa cuti musim panas amat
Panjang kau tak dapat ku melihat
Mari menuju hai ke kolam renang awam
Ku mahu melompat ke dalam

Jatuh cinta terhadap seseorang
Tiba-tiba dah musim panas
Apa ku buat dengan rasa ini?

Oh My Pumpkin!
Di situ kulihat, sayangku Pumpkin
Tak sangka dirimu kan berenang di sini
Aku kekaguman, terkesima, terpesona
Cahaya menyinari mata

Oh My Pumpkin!
Pujaan hatiku, pandanglah diriku
Bolehlah kita saling berkenal-kenalan
Walau seketika dan saling berlambai mesra
Betapa ku impikan itu

Ke sana-sini kanak-kanak bermain
Dengan air dan menjirus-jirus
Aku pun kebudakan dan menjadi serius
Tentu tak ku kalah terhapus

Sungguh pun ku berada dalam kolam
Tak dapat mendinginkan perasaan
Ayuh selisih denganku

You’re My Pumpkin!
Dekat tapi jauh, dirimu Pumpkin
Detak jantung di dadaku kian ketara
Di sana bertuwala¹⁰ dengan teman-temannya
Bersembang dia di tepi kolam

You’re My Pumpkin!
Kau yang aku idam-idam dalam diam
Aku gembira hanya dengan melihatmu
Satu hari nanti kan kukenang saat ini
Musim yang terhangat sekali

Oh My Pumpkin!
Di situ kulihat, sayangku Pumpkin
Tak sangka dirimu kan berenang di sini
Aku terkagum, menterkesima, terpesona
Cahaya menyinari mata

Oh My Pumpkin!
Pujaan hatiku, pandanglah diriku
Bolehlah kita saling berkenal-kenalan
Walau seketika dan saling berlambai mesra
Betapa ku impikan itu
Engkaulah sayangku Pumpkin

Ah… Ah… Ah… Aw!