KLP48 – Kerana Ku Suka (Kimi no Koto ga Suki Dakara)”
Komposer: Oda Tetsuro
Penggubah: Nonaka “Masa” Yuichi
Lirik Jepang: Yasushi Akimoto
Lirik Melayu: KLP48 Operation Team
Dipopulerkan oleh AKB48
Lirik
Selagi kau merasai bahagia
Moga masa ini kekal selamanya
Kamu, kamu, kamu, di doaku selalu
Walaupun badai melanda
Ku akan pelihara bunga cinta
Cinta umpama suara yang tak melantunkan gema Ikhlasnya tak mengharapkan balas
Di bawah matahari ketawalah
Berdendang, berdansa, sebebasnya
Kerana asmara sudah membara
Aku kan setia di sini sentiasa
Walau di tengah kemeriahan dan tidak pun diperhatikan (sangat suka)
Kerana asmara sudah membara
Cukuplah sekadar denganmu ku berjumpa
Penuhlah rasa dalam jiwa dengan hangat cinta
Andainya hatimu gundah gulana,
ku akan mendengar penuh setia
Sepayung berdua, hujan kita tempuh
bersama
Bergenangan air mata
Dari jauh jariku menyekanya
Bergelombanglah asmara, mengembang tak bersuara
Dirimu punca kehadirannya
Usah menyerah dengan duka lara
Pandanglah angkasa penuh cita!
Pabila dirimu dalam fikiran
Satu kebetulan membawa pertemuan
Sekali seumur hidupku, itulah keajaiban (jaga diri)
Pabila dirimu dalam fikiran
Kepada Tuhan kupanjat kesyukuran
Lihatlah masa depan menanti
Pasti akan abadi
Kerana asmara sudah membara
Aku kan setia di sini sentiasa
Walau di tengah kemeriahan dan tidak pun diperhatikan (sangat suka)
Kerana asmara sudah membara
Cukuplah sekadar denganmu ku berjumpa
Penuhlah rasa dalam jiwa dengan hangat cinta
Pasti akan abadi






